Tapi saya akan menggunakan perkataan demand dan supply kerana saya sudah biasa dengan term ini dan
supaya mudah difahami apabila membaca artikel-artikel berbahasa Inggeris.
Sejak dari zaman sistem Barter lagi sudah wujud asas demand & supply kerana wujudnya suatu sistem pertukaran berdasarkan 'trust'/saling percaya yang boleh dilihat sebagai suatu ekonomi. Saya tidak akan menyentuh tentang asal-usul demand & supply atau philosophical view, tetapi hanya berdasarkan kaitanya dengan dunia forex.
Demand adalah suatu permintaan terhadap kuantiti sesuatu commodity( barangan keperluan) oleh buyer(pembeli) dimana pembeli sanggup membayar pada sesuatu harga, ini bermakna lagi tinggi demand lagi lah tinggi harga yang sanggup dibayar oleh pembeli. Manakala supply adalah berapa banyak seller mampu tawarkan. Sebenarnya lebih tepat berapa banyak mampu market tawarkan tetapi untuk kefahaman di masa hadapan saya menggunakan seller sebagai supplier. Market sebagai perantara antara buyer and seller. Jadi jika seller supply terlebih, maka price akan jatuh.
Jika anda melihat dari pekspektif harga/price, jika price rendah ini bermakna demand dah kurang dan supply dah terlebih tetapi jika price naik, ini bermakna demand sudah naik dan supply dah kurang.
![]() |
Demand & Supply Graph |
No comments:
Post a Comment