Tuesday, February 25, 2014

Basic Forex Currency Pairing

Dalam forex, nilai matawang sesuatu negara disandaran dengan matawang lain sebagai urusan jual dan beli matawang. Disebut sebagai currency pairing; sebagai contoh

USD/CAD
EUR/JPY
EUR/USD
EUR/CHF
USD/CHF
EUR/GBP

Matawang di hadapan disebut base currency manakala matawang dibelakang disebut quotes currency.
Sebagai contoh, CAD/USD =1.5 bermakna bagi setiap USD 1.5 (US dollar) dijual/sell, anda akan mendapat CAD 1 (Canadian dollar). Berdasarkan contoh diatas, ini bermakna CAD sebagai base currency manakala USD sebagai quoted currency.

Dengan menebalikkan USD/CAD =0.667, saya gunakan pairing USD/CAD ini sebagai contoh; Setiap kali urusan trade terjadi, secara mendalamnya melibatkan urusan buy currency 'A' dan sell currency 'B'. Tetapi kita juga boleh melihat currency pair sebagai satu unit BUY dan SELL.

Untuk pemahaman, jika anda place order BUY pair USD/CAD ini, bermakna anda telah membeli base currency(USD) dan menjual quoted currency (CAD). Andaikan USD/CAD= 0.667, BUY pair ini bermakna bagi setiap 0.667 CAD anda sell, anda akan mendapat 1 USD.

Manakala jika anda SELL ini bermakna anda telah menjual base currency dan mendapat quoted currency.Atau boleh dikatakan anda telah jika anda SELL pair ini, anda telah mendapat 0.667 CAD bagi 1 USD yang anda jual.



Sunday, February 23, 2014

Asas Ekonomi: Demand and Supply

Asas bagi ekonomi adalah 'demand & supply' atau dalam bahasa disebut permintaan dan penawaran.
Tapi saya akan menggunakan perkataan demand dan supply kerana saya sudah biasa dengan term ini dan
supaya mudah difahami apabila membaca artikel-artikel berbahasa Inggeris.

Sejak dari zaman sistem Barter lagi sudah wujud asas demand & supply kerana wujudnya suatu sistem pertukaran berdasarkan 'trust'/saling percaya yang boleh dilihat sebagai suatu ekonomi. Saya tidak akan menyentuh tentang asal-usul demand & supply atau philosophical view, tetapi hanya berdasarkan kaitanya dengan dunia forex.

Demand adalah suatu permintaan terhadap kuantiti sesuatu commodity( barangan keperluan) oleh buyer(pembeli) dimana pembeli sanggup membayar pada sesuatu harga, ini bermakna lagi tinggi demand lagi lah tinggi harga yang sanggup dibayar oleh pembeli. Manakala supply adalah berapa banyak seller mampu tawarkan. Sebenarnya lebih tepat berapa banyak mampu market tawarkan tetapi untuk kefahaman di masa hadapan saya menggunakan seller sebagai supplier. Market sebagai perantara antara buyer and seller. Jadi jika seller supply terlebih, maka price akan jatuh.

Jika anda melihat dari pekspektif harga/price, jika price rendah ini bermakna demand dah kurang dan supply dah terlebih tetapi jika price naik, ini bermakna demand sudah naik dan supply dah kurang.
Demand & Supply Graph